Allah telah pertemukan saya dengan dia,seorang houseman dan dia juga seorang akhwat yang memahami jalan dakwah.
Dan kemudian menjadi roomate pula.
Saya benar-benar insaf. Bila mengenali hakikat sebenar alam bekerja seorang houseman.
Pergi hospital kol 4 pagi, balik kerja waktu malam. Masamu benar-benar terikat dengan tanggungjawab di ward. Sedang aku, banyak sungguh masa lapangku. Walaupun sudah masuk final year medic..study pon masih tidak serius. Dakwah pula takla mengancam mana pon, ala kadar sahaja. Astaghfirullah..
Mengenalimu dan tambah menjadi roomatemu, benar-benar membuatkan aku kembali rapat semula kepada Allah setelah satu tempoh kefuturan yang sangat tidak digemari. Ramadhan pun semakin hampir. Moga kamu terus kuat menghadapi tempoh houseman yang sangat mencabar ini..