Pada suatu hari, A, B dan B ternampak kandang lembu yang sangat comel nun dari jauh.

"nampak kandang lembu tu dekat je.."kata B
"Mungkin beberapa langkah je sampai la ke sana.." kata B lagi satu
"ish tak jauh ke nak rentas padang rumput ni? tak kene marah ke kita sukati masuk ni?" kata A
"aaa apa kesah, kita redah je, sekejap je nak pi tengok lembu tu" kata B
maka, semua setuju dan bertekad untuk pergi menghampiri kandang lembu tersebut bersama-sama..

Bermulalah perjalanan mereka bertiga merentas ladang rumput untuk sampai ke ladang lembu itu..
semua berhati-hati, sebab disebalik rumput rumput panjang, ada juga bertompok2 najis-najis lembu (mungkin), duri-duri bisa dan lopak-lopak tanah kering
suasana mendamaikan. dengan langit yang cantik membiru, padang rumput menghijau..semua menenangkan.

sempat juga A menangkap beberapa gambar...

tapi separuh jalan, 'kenapa tak sampai-sampai ni' dengus A dalam hati. rasa dah jauh juga berjalan. kaki dah lenguh merentas rumput-rumput yang tinggi..
lantas, A perlahankan langkah...membiarkan rakannya yang lain meneruskan perjalanan

sampai tak nampak pula kelibat B didepan mata. 'ish laju betul dia berjalan..' kerisauan mula timbul..
'eh mana pula hilang budak ni...'
'ke aku yang lambat sangat kebelakang?'

lantas A pun melajukan langkah mendaki bukit kecil.
Dan akhirnya sampai juga dia di ladang lembu tersebut yang berada dibelakang bukit kecil itu. B dan B juga sudah tiba disitu, muka gembira dia wajah mereka jelas terpancar. Senyuman juga terukir pada A, walaupun kesemputan mengejar mereka dari belakang. Seronok bila sudah sampai ke destinasi walaupun agak lama merentas padang rumput yang bukan kecil. Berpeluh-peluh juga dibuatnya..
Pengajaran dari kisah rekaan diatas:
Dalam perjalanan kita dalam dakwah, ada masanya kita tersungkur, ada masanya kita melaju. Allah kurniakan setiap insan bernama daie berbagai ragam, potensi dan kapasiti. Memang cabaran-cabaran dan rintangan diluar sana sangat menakutkan. Mungkin menjadi faktor kita lemah dan kurang semangat. Tapi percayalah pada diri. Yakin yang Allah akan sentiasa membantu kita disetiap saat. Memang bukan mudah tapi cubalah berani untuk terus kehadapan...akhirnya yang mandapat manfaat ialah diri kita sendiri...
Sokongan teman seperuangan juga penting. Siapa lagi yang kita dapat kekuatan selepas Allah kalau bukan dari ukhti kita sendiri. Yang menghembuskan kata-kata semangat juga daripada mereka. Kerana mereka juga menjalani jalan yang sama...
Laju atau perlahan, tidak penting. yang penting kita usaha dan istiqamah. Mungkin memang stamina atau kapasiti kita begitu atau begini pada waktu itu..Allah jugalah yang mengizinkan kita untuk bergerak selaju itu. insyaAllah masa-masa akan datang, ia boleh diimprovekan.
Pesanan buat teman: jika nampak diriku tersungkur, pimpinlah aku...