Tuesday, March 8, 2011

Usaha usaha..

Belek2 buku nota lama, terjumpa phrase yang mengetuk jiwa:

"Rasulullah bekerja keras, umpama kalau ada cat merah di bawah tapak kaki Rasulullah, penuh satu Madinah dengan cat merah tu"

Maksudnya tiada tempat di Madinah yang Rasulullah tak pergi untuk berdakwah. Semua pernah mendengar mengenai mengenai Islam.

Kita di padang Mashar akan dipersoalkan tuntutan kewajiban kita. Dah tunaikan kah hak orang ini, hak orang itu, hak pada masa, hak kepada study kita, hak kepada ibu bapa, hak kepada Pencipta kita

dan yang merangkumi segala: hak kepada syahadah kita..

usaha tetap usaha. dan selebihnya kita serah kepada Allah..

wA

Monday, February 21, 2011

Kita menolak al-Hawa'...bagaimana memulakannya di Facebook?


Saban hari laman Facebook sudah semakin mewarnai kehidupan hampir semua pemuda-pemudi. Disitulah tempat bertanya khabar, tempat berkomunikasi, tempat bertemu rakan lama, dan disitulah tempat bersosial. Tidak kurang juga status sesetengah rakan yang banyak berkongsi tazkirah,ayat Al-Quran, hadis dan pemikiran bernas. Namun ada juga sesetengah rakan yang suka mencemari dinding facebook dengan perkara yang kurang soleh.

Dan dari situlah terserlahnya keperibadian dan identiti seseorang. Bagaimana dia berinteraksi dengan rakannya,bagaimana dia membalas status,bagaimana dia mengawal privasinya dan lain-lain.

Sedang kita melayari laman facebook itu, beringatlah kita pada nasihat Maimun bin Marhan, seorang ahli hadis yang thiqah,

“Jauhkanlah dirimu dari sebarang hawa yang bukan bernama Islam.”

Al-Hawa yang dimaksudkan itu bererti perkara yang bukan Islam dan ia hanyalah nafsu semata. Ia boleh jadi sesuatu perkara yang kita sedar ataupun tidak dan takutlah kita jika kita tidak sedar yang sebenarnya kita telah terjebak dengan al-Hawa.

Daripada Abu Hurairah r.a beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda:

Sebahagian daripada keelokan seorang mukmin ialah meninggalkan apa yang tidak berfaedah baginya. (Hadis ini Hadis Hasan, diriwayatkan oleh al-Tarmizi dan lain-lain sedemikian.)

Maka jadilah kita seorang mukmin yang jelas pegangan terhadap agama. Dimana iman yang kita benarkan dalam hati,diikrarkan dengan lisan dan diamalkan dengan perbuatan. Apabila kita meletakkan Allah lebih tinggi dari segalanya, sudah tentu lisan dan perbuatan juga turut menzahirkannya. Dan kita juga turut meninggalkan apa yang tidak membawa faedah pada diri kita.

Islam tidak hanya dipandang pada solat,puasa dan ibadah tetapi ia juga dipandang pada segi aspek pergaulan sosialnya,akhlak pertuturanya dan indah peribadinya .Keimanan yang kuat sahaja yang akan mampu membentengkan diri dari silauan hawa yang sentiasa menggoda.

Fenomena facebook ini bukanlah suatu ruang yang mengizinkan kita memandang ringan terhadap agama. Sebagai seorang daie, kita perlulah menonjolkan peribadi yang mantap dan buah fikiran yang membina dan bermanfaat. Masalah ikhtilat juga sangat perlu dititik beratkan walaupun hanya di laman facebook yang tidak memerlukan pertemuan secara alam nyata. Status, komen dan penggunaan bahasa juga haruslah menggambarkan keindahan akhlak dan jati diri Islam yang sebenar. Kita juga perlu memainkan peranan dalam menasihati rakan-rakan yang terang-terangan menyiarkan kemaksiatan atau perkara yang sia-sia.

Namun, ini bukanlah menjadikan kita seorang yang serius. Elemen humour tidak pernah dihalang oleh islam selagi ia tidak melanggar syarak. Malah medium ini sangat berguna untuk meluaskan ukhuwwah dan mesej islam itu sendiri di kalangan rakan. Asalkan kita sendiri sedar dan mengawal privasi dan kelonggoran yang ada hadnya.

Didiklah diri kita ini bersungguh-sungguh menolak hawa dan melatih kita menjadi orang yang soleh. Tidak kira samaada di alam maya mahupun di alam nyata. Dan semaikanlah rasa izzah iaitu bangga pada agama yang menjadi pegangan dan jati diri kita. Impaknya pasti terkesan pada rakan yang lain insyaAllah.


Sunday, July 4, 2010

Bersihkan hati..luruskan niat...

Saya teringat kata2 murabbiah saya dulu,
'kalau nak ada ikatan hati dengan manusia, kita kene ada ikatan hati kita dengan Allah dulu'-Kak HH
Dan kata-kata ini sering kali saya sematkan kemas-kemas sebagai ingatan. Masakan kita mahu mengajak hati-hati orang lain untuk beriman jika diri sendiri masih goyah imannya. Dan disini terujinya keikhlasan berkerja.

Akan saya semat juga pesanan Kak RA supaya kita sering diperingatkan dengan tazkirah ikhlas berkali-kali. Bukan kita tidak tahu apa itu ikhlas, tapi kita akan sering kali tergelincir dari landasan keikhlasan. Paling bahaya sekali penyakit riya' yang sangat mudah untuk menerbangkan amalan-amalan kita dan menghapuskan amalan-amalan tersebut.

Moga amalan kita sentiasa dikembalikan dan diserahkan semula kepada Allah untuk dinilai. Bukan diniatkan untuk ditunjuk di depan naqibah atau masul. Bukan diniatkan untuk tunjuk siapa paling banyak buat kerja didepan manusia. Allah, sangat sukar untuk menjaga itu. Riak itu sangat-sangat bahaya dan syaitan suka mencucuk-cucuk kita untuk berasa bangga dan riak. Astaghfirullah.

Bersihkanllah hati kami Ya Allah. Luruskanlah hati kami Ya Allah.

*Saya pernah dengar kata-kata siapa tah, kalau seseorang itu sering berqiam, kata-kata dia akan sentiasa menggetarkan orang yang mendengar. Dia ada aura dia sendiri sebab dia sering berqiam.

Sesungguhnya qiam itu memang payah,kecuali orang yang melaziminya. Yang tukang menaip ni pun payah betul untuk terus istiqamah bangun qiam. :(




Friday, July 2, 2010

Blog lama dan kenangannya..

blog lama tu dah lama terasa mahu delete.akhirnya ter'delete' juga dengan semua barang didlmya
tapi rasa terkilan juga. sbb coretan dari aku 'kecik' sehingga sekarang tersimpan disitu..takpe lah, biarkan jadi memory sendiri.tidak sesuai lagi untuk dipublish apatah lagi ditatap oleh orang lain (yg mungkin bukan muhrim yg membaca).

blog lama nama je luvpalestine. hati sentiasa berkobar2 pasal isu palestine.tp bab menulis je pasal tu- gagal...kalau ditanya kenapa memilih nama luvpalestine, sbb isu palestine jugalah yang pertama kali pernah mengetuk hati untuk menerimah hidayahNya..(berkobar2 jugaklah zaman 'kecik'2 dulu). blog tu menjadi tempat untuk bercerita itu ini. ade juga cerita hati.disimpulkan dalam bahasa2 hati yg orang lain pon mungkin tak paham.

akhirnya entah.blog jadi tempat yg begitu mudah untuk hati berkata-kata.lontaran pemikiran senang2 dan sesukahati je campak di dalam blog itu.entah sesuai ke tidak..akhirnya diri sendiri terasa blog itu semakin hampeh.

biarkan je lah...
ok bina blog baru.imej baru.go go alzyemah!

new theme: let iman be your driver~


Sunday, February 7, 2010

testing

menukar rumah lagi~