Wednesday, June 29, 2011

Ukhuwwah itu tak dapat di gambarkan dalam bentuk perkataan, tidak juga dalam bentuk bicara. tapi kita tahu itu adalah ukhuwwah bila kita merasa dengan hati.

Kita juga dapat rasa ukhuwwah itu bila mana ia sedang mekar atau sedang kaku..


Ampun akhawatku.
Mungkin banyak juga hak-hak ukhuwwah yang belum ku tunaikan.
Mungkin banyak waktu-waktu yang diperlukan tapi aku tiada untuk menyambutnya
Mungkin banyak keperluan yang dinantikan tapi aku tidak sedar keperluan tersebut
Mungkin juga ukhuwwah itu tersangat penting sehingga aku sendiri tidak merasai kepentingan tersebut..

Dari Allah jugalah yang mencampakkan rasa ukhuwwah tersebut.


Ampunkan salah silapku..



Ana sayangkan akhwat semua, walau apa pun kekurangan kita yang perlu kita atasi...


Seerat ukhuwwah, sekencang dakwah

Kisah ladang lembu..



Pada suatu hari, A, B dan B ternampak kandang lembu yang sangat comel nun dari jauh.



"nampak kandang lembu tu dekat je.."kata B
"Mungkin beberapa langkah je sampai la ke sana.." kata B lagi satu
"ish tak jauh ke nak rentas padang rumput ni? tak kene marah ke kita sukati masuk ni?" kata A

"aaa apa kesah, kita redah je, sekejap je nak pi tengok lembu tu" kata B

maka, semua setuju dan bertekad untuk pergi menghampiri kandang lembu tersebut bersama-sama..

Bermulalah perjalanan mereka bertiga merentas ladang rumput untuk sampai ke ladang lembu itu..

semua berhati-hati, sebab disebalik rumput rumput panjang, ada juga bertompok2 najis-najis lembu (mungkin), duri-duri bisa dan lopak-lopak tanah kering


suasana mendamaikan. dengan langit yang cantik membiru, padang rumput menghijau..semua menenangkan.


sempat juga A menangkap beberapa gambar...

tapi separuh jalan, 'kenapa tak sampai-sampai ni' dengus A dalam hati. rasa dah jauh juga berjalan. kaki dah lenguh merentas rumput-rumput yang tinggi..

lantas, A perlahankan langkah...membiarkan rakannya yang lain meneruskan perjalanan




sampai tak nampak pula kelibat B didepan mata. 'ish laju betul dia berjalan..' kerisauan mula timbul..
'eh mana pula hilang budak ni...'
'ke aku yang lambat sangat kebelakang?'



lantas A pun melajukan langkah mendaki bukit kecil.

Dan akhirnya sampai juga dia di ladang lembu tersebut yang berada dibelakang bukit kecil itu. B dan B juga sudah tiba disitu, muka gembira dia wajah mereka jelas terpancar. Senyuman juga terukir pada A, walaupun kesemputan mengejar mereka dari belakang. Seronok bila sudah sampai ke destinasi walaupun agak lama merentas padang rumput yang bukan kecil. Berpeluh-peluh juga dibuatnya..


Pengajaran dari kisah rekaan diatas:

Dalam perjalanan kita dalam dakwah, ada masanya kita tersungkur, ada masanya kita melaju. Allah kurniakan setiap insan bernama daie berbagai ragam, potensi dan kapasiti. Memang cabaran-cabaran dan rintangan diluar sana sangat menakutkan. Mungkin menjadi faktor kita lemah dan kurang semangat. Tapi percayalah pada diri. Yakin yang Allah akan sentiasa membantu kita disetiap saat. Memang bukan mudah tapi cubalah berani untuk terus kehadapan...akhirnya yang mandapat manfaat ialah diri kita sendiri...

Sokongan teman seperuangan juga penting. Siapa lagi yang kita dapat kekuatan selepas Allah kalau bukan dari ukhti kita sendiri. Yang menghembuskan kata-kata semangat juga daripada mereka. Kerana mereka juga menjalani jalan yang sama...

Laju atau perlahan, tidak penting. yang penting kita usaha dan istiqamah. Mungkin memang stamina atau kapasiti kita begitu atau begini pada waktu itu..Allah jugalah yang mengizinkan kita untuk bergerak selaju itu. insyaAllah masa-masa akan datang, ia boleh diimprovekan.

Pesanan buat teman: jika nampak diriku tersungkur, pimpinlah aku...

Sentiasa belajar dan mengajarkan...

"Perumpamaan petunjuk dan ilmu yang dengannya Allah mengutusku adalah bagaikan hujan yang turun ke bumi.

Maka ada bahagian bumi yang baik, (yang mana bumi itu ) menerima air hujan itu dengan baik lalu menumbuhkan tanaman dan rerumputan yang banyak.

Ada juga bahagian bumi yang menahan air, lalu Allah memberikan manfaat kepada manusia dengan air yang disimpannya, sehingga mereka boleh minum dan menyirami tanaman daripada air tersebut.

Bahagian lainnya adalah padang tandus, (padang tandus itu ) sama sekali tidak mampu menyimpan air dan juga tidak manumbuhkan apa pun.




Demikian itu adalah perumpamaan orang yang diberi kefahaman dalam agama, lalu ia dapat memanfaatkan apa yang aku bawa itu, hingga ia sentiasa belajar dan mengajarkan apa yang ia fahami dan perumpamaan orang yang sama sekali tidak ambil peduli dan tidak mahu menerima petunjuk Allah yang aku sampaikan"



Hadis riwayat Bukhari dan Muslim



tanya diri sendiri, kita dikalangan golongan yang mana?
ada ilmu tapi tak beramal?
ada ilmu tapi buat-buat tak tahu?simpan dalam diri?
takde ilmu tapi nak beramal juge?
ada ilmu, then terus beramal?*dengan cara yang betul*


usaha itu penting, Allah tahu kita berusaha. bukan lihat pada hasil...

istiqamah juga penting..

so, jangan down ye diri, kalau nampak hasil macam kuncup je...Allah suro usaha lagi tuuu




ilmu kene cari, amal pon kene jalan!

Monday, June 27, 2011

Summer Camp dan tetamu dari Jordan ^_^ - Penutup

Wajah-wajah yang tak akan kulupakan...






Semoga kita bertemu lagi di Jalinan Ukhuwwah akan datang!!


*ok ni gambar sesat..tetiba rindu makcik comel ni bila jumpa adik kakak (Uswah & Saffiyah)

ampun salah silap dan kekurangan ana sepanjang JUMP2011...semoga semakin matang akhwat ISMA Eropah!!

Summer Camp dan tetamu dari Jordan ^_^ - 3


Pertandingan Memasak!!

Waktu ini terserlah bakat2 keakhwatan di dapur. Dengan bahan yang terhad, kami diberi tugas untuk menyiapkan 2 jenis kueh per group. Maka terserlah sungguh kekreatifan akhwat untuk menghasilkan kueh yang terbaik. Dalam masa yang limited, terhasil juge: Suka-suki Cucur & Donut Dublin (nama pon pakat letak je.huhu). Group lagi satu: Pancake! Roti tak sempat nak masak..

Akhwat sangat kreatif dan hebaaat!!

Summer Camp dan tetamu dari Jordan ^_^ -2







Pada mulanya memang semua excited untuk mengayuh basikal. Tapi terselit juga seribu kerisauan pada semua akhwat andai perkara buruk berlaku ketika berbasikal. Mungkin orang yang paling risau dan berdebar ialah diriku sendiri. Waktu diberi tanggungjawab untuk lead aktiviti basikal akhawat, fikirang tergiang-giang kejadian seorang akhawat jatuh basikal waktu Kem Bond of Ukhuwwah. Dia berbadan kecik, basikal agak besar untuk dia. Naik turun bukit terbrek mengejut,jatuh muka dulu kedepan....mohon sangat perkara buruk tak berlaku.


Alhamdulillah, Allah tahu apa yang hambaNya mampu dan tidak mampu. Semua berjalan lancar. Akhwat semua fit! Ameerah yang tercunggap-cunggap berbasikal kat depan ^_^. Cuba teka berapa kilometer kami berbasikal? 2 km? 5km? 10km? Jawapannya- 15km!!! Pergi 7km, balik 7 km plus singgah tasik 1km. so total 15 km kot..Destinasi tour basikal ialah pantai Connemara. Walaupun 15 km berbasikal, cuaca sejuk membantu stamina untuk terus mengayuh. Pemandangan kiri kanan, subhanaAllah sangat cantik. Bukit bukau, sungai, awan yang cantik, kambing yang kiut, padang hijau terbentang seluasnya...


Sampai di pantai, SubhanaAllah super duper lagi caaaaantiiiik...langit tak bertiang. awan berkepul-kepul. laut nampak tak berpenghujung. pantai seluas-luasnya terbentang di depan mata. Alhamdulillah cuaca yang baik.


Takde orang lain kat pantai tu, kami yang konker habis satu pantai. Whoaaaaaa boleh jerit puas2!


Dalam perjalanan pergi balik, kami ada singgah beberapa check point untuk mendengar tazkirah. Tazkirah mengenai hijrah Rasulullah SAW, apa yang berlaku pada Hijrah Tahun 1,2,3..Hebatlah pembentang tazkirah! Penat2 berbasikal masih mampu deliver reminders :)



akhwat hebat! tak sangka kita mampu buat...15 km tu!


bersambung..

Summer Camp dan tetamu dari Jordan ^_^

Alhamdulillah, All praise to Allah,

Ar-Rahman,ar-Rahim, the most Gracious, most Merciful

Telah berlalunya Jalinan Ukhuwwah Musim Panas 2011 buat kali pertamanya. Kali ini program ini sangat istimewa...Manakan tidak, ini pertama kalinya program ISMA Eropah disertai dengan 2 peserta termuda dari mula sampai akhir. Aksi geli hati dan celoteh adik kakak di JUMP sangat menceriakan suasana dan pasti semua akhwat tak boleh melupakan adik kakak ni..kalau mereka tiada lain sangat rasanya...



"toten toten toten"
- kakak sebenarnya nak cakap stokin. tapi sebab pelat dia cakap toten. huhu..
"Napa kena pakai toten, ommi?"
Sampai semua orang gelak, kakak sambung cakap toten jadi lagu. Pastu adik ikut..toten toten toten..hahaha


Apa lagi yang istimewa untuk JUMPS kali ni?
Waktu JUMS haritu ada tetamu akhwat datang dari OZ. Kali ni, Allah datangkan lagi tetamu akhwat...dari Jordan!! SubhanaAllah, memang cantik sangat aturan Allah. Kekuatan dan semangat itu lebih lagi melonjak bila adanya kehadiran mereka menceriakan suasana...Allah tahu je apa yang kita perlukan. Allah tahu je apa yang nak buat hambaNya bersemangat semula...kekuatan itu semua datangnya dari Allah. saat terasa sedikit jatuh bila ramai akhwat tak dapat join JUMP, Allah gantikan dengan kehadiran mereka...^_^ pelangi selepas hujaaaan


Apa lagi perencah2 yang menyedapkan JUMP ni?
Paling tidak lupa, aktiviti-aktiviti lasaknya..cycling..daki bukit..masak!!
Aktiviti outdoor hari kedua, ialah menawan bukit...mungkin pada awalnya semua merasa 'alaaa daki bukit je?' tapi yang menjadi cabaran mendaki bukit ialah hujan renyai2..angin sejuk meniup2 sampai tulang..dan kehadiran adik kakak yang ikut mendaki bersama. Cabaran ni bermula selepas 1st stop. Adik kakak mula sejuk mengeletar..hujan mula turun renyai2..adik penat- tido dibawah dukungan umminya. kakak nangis2 mungkin sebab sejuk sangat. Makin naik makin naik, angin tiup kuat pula..adik tido lena, passing dari sorang akhwat ke akhwat lain. Semua menjadi sangat concern dengan adik kakak. Mana tidaknya, terasa amanah besar untuk jaga mereka berdua supaya selamat sampai balik ke hostel, tak mahu jadi apa2 buruk pada mereka. Masa ni la terasa lama sangat perjalanan nak balik. Adik, half way terjaga..turut sama2 menangis kesejukan. Setiapkali angin bertiup, akhwat buat dinding keliling adik kakak nak halang angin sejuk. Saya sendiri terasa masa itu sangat sulit dan risau yang teramat. Tapi saat ini lah yang melekat dikepala kalau mengingatkan JUMP.

Here some few pics..rasa nak nangis bila teringat saat kesulitan itu. Ummi dia sentiasa tenang...tabiklah*



bersambung....