Monday, June 27, 2011

Summer Camp dan tetamu dari Jordan ^_^

Alhamdulillah, All praise to Allah,

Ar-Rahman,ar-Rahim, the most Gracious, most Merciful

Telah berlalunya Jalinan Ukhuwwah Musim Panas 2011 buat kali pertamanya. Kali ini program ini sangat istimewa...Manakan tidak, ini pertama kalinya program ISMA Eropah disertai dengan 2 peserta termuda dari mula sampai akhir. Aksi geli hati dan celoteh adik kakak di JUMP sangat menceriakan suasana dan pasti semua akhwat tak boleh melupakan adik kakak ni..kalau mereka tiada lain sangat rasanya...



"toten toten toten"
- kakak sebenarnya nak cakap stokin. tapi sebab pelat dia cakap toten. huhu..
"Napa kena pakai toten, ommi?"
Sampai semua orang gelak, kakak sambung cakap toten jadi lagu. Pastu adik ikut..toten toten toten..hahaha


Apa lagi yang istimewa untuk JUMPS kali ni?
Waktu JUMS haritu ada tetamu akhwat datang dari OZ. Kali ni, Allah datangkan lagi tetamu akhwat...dari Jordan!! SubhanaAllah, memang cantik sangat aturan Allah. Kekuatan dan semangat itu lebih lagi melonjak bila adanya kehadiran mereka menceriakan suasana...Allah tahu je apa yang kita perlukan. Allah tahu je apa yang nak buat hambaNya bersemangat semula...kekuatan itu semua datangnya dari Allah. saat terasa sedikit jatuh bila ramai akhwat tak dapat join JUMP, Allah gantikan dengan kehadiran mereka...^_^ pelangi selepas hujaaaan


Apa lagi perencah2 yang menyedapkan JUMP ni?
Paling tidak lupa, aktiviti-aktiviti lasaknya..cycling..daki bukit..masak!!
Aktiviti outdoor hari kedua, ialah menawan bukit...mungkin pada awalnya semua merasa 'alaaa daki bukit je?' tapi yang menjadi cabaran mendaki bukit ialah hujan renyai2..angin sejuk meniup2 sampai tulang..dan kehadiran adik kakak yang ikut mendaki bersama. Cabaran ni bermula selepas 1st stop. Adik kakak mula sejuk mengeletar..hujan mula turun renyai2..adik penat- tido dibawah dukungan umminya. kakak nangis2 mungkin sebab sejuk sangat. Makin naik makin naik, angin tiup kuat pula..adik tido lena, passing dari sorang akhwat ke akhwat lain. Semua menjadi sangat concern dengan adik kakak. Mana tidaknya, terasa amanah besar untuk jaga mereka berdua supaya selamat sampai balik ke hostel, tak mahu jadi apa2 buruk pada mereka. Masa ni la terasa lama sangat perjalanan nak balik. Adik, half way terjaga..turut sama2 menangis kesejukan. Setiapkali angin bertiup, akhwat buat dinding keliling adik kakak nak halang angin sejuk. Saya sendiri terasa masa itu sangat sulit dan risau yang teramat. Tapi saat ini lah yang melekat dikepala kalau mengingatkan JUMP.

Here some few pics..rasa nak nangis bila teringat saat kesulitan itu. Ummi dia sentiasa tenang...tabiklah*



bersambung....

No comments:

Post a Comment