Monday, June 27, 2011

Summer Camp dan tetamu dari Jordan ^_^ -2







Pada mulanya memang semua excited untuk mengayuh basikal. Tapi terselit juga seribu kerisauan pada semua akhwat andai perkara buruk berlaku ketika berbasikal. Mungkin orang yang paling risau dan berdebar ialah diriku sendiri. Waktu diberi tanggungjawab untuk lead aktiviti basikal akhawat, fikirang tergiang-giang kejadian seorang akhawat jatuh basikal waktu Kem Bond of Ukhuwwah. Dia berbadan kecik, basikal agak besar untuk dia. Naik turun bukit terbrek mengejut,jatuh muka dulu kedepan....mohon sangat perkara buruk tak berlaku.


Alhamdulillah, Allah tahu apa yang hambaNya mampu dan tidak mampu. Semua berjalan lancar. Akhwat semua fit! Ameerah yang tercunggap-cunggap berbasikal kat depan ^_^. Cuba teka berapa kilometer kami berbasikal? 2 km? 5km? 10km? Jawapannya- 15km!!! Pergi 7km, balik 7 km plus singgah tasik 1km. so total 15 km kot..Destinasi tour basikal ialah pantai Connemara. Walaupun 15 km berbasikal, cuaca sejuk membantu stamina untuk terus mengayuh. Pemandangan kiri kanan, subhanaAllah sangat cantik. Bukit bukau, sungai, awan yang cantik, kambing yang kiut, padang hijau terbentang seluasnya...


Sampai di pantai, SubhanaAllah super duper lagi caaaaantiiiik...langit tak bertiang. awan berkepul-kepul. laut nampak tak berpenghujung. pantai seluas-luasnya terbentang di depan mata. Alhamdulillah cuaca yang baik.


Takde orang lain kat pantai tu, kami yang konker habis satu pantai. Whoaaaaaa boleh jerit puas2!


Dalam perjalanan pergi balik, kami ada singgah beberapa check point untuk mendengar tazkirah. Tazkirah mengenai hijrah Rasulullah SAW, apa yang berlaku pada Hijrah Tahun 1,2,3..Hebatlah pembentang tazkirah! Penat2 berbasikal masih mampu deliver reminders :)



akhwat hebat! tak sangka kita mampu buat...15 km tu!


bersambung..

No comments:

Post a Comment