Saturday, June 4, 2011

Barangkali, sebab utama problem tidak merasa berdosa pada orang tertentu ialah kerana akrab dengan kemungkaran, sebab terlalu sering dikerjakan.

Hal ini persis dengan keakraban kita dengan makhluk-makhluk Allah yang besar, seperti langit, apa saja yang ada di atasnya, sebab kita sering melihatnya. Kita baru merasa heran saat mendengar seseorang mandarat di bulan. Kita juga langsung heran ketika ada temua-temuan baru. Tapi, kita lupa pasal sesuatu yang lebih hebat dari temuan-temuan manusia, macam langit tanpa tiang, burung yang berterbangan, salji yang turun dari langit.... sebab kita terbiasa melihat makhluk-makhluk Allah itu.

Dosa-dosa juga seperti itu jika terlalu sering dikerjakan. Hati menjadi akrab dengannya dan tidak lagi memungkirinya.

Inilah yang paling ditakutkan Abu Al-Hasan Az-Zayyat rahimahullah. Ia berkata, " Demi Allah, aku tidak peduli dengan banyaknya kemungkaran dan dosa. Yang paling aku takutkan ialah keakraban dosa. Sebab, jika sesuatu dikerjakan dengan rutin, maka jiwa menjadi akrab dengannya dan jika jiwa telah akrab dengan sesuati maka jiwa jarang tidak terpengaruh dengannya."

-petikan dari Taujih Ruhiyah, Pesan-pesan spiritual penjernih hati, Abdul Hamid Al-Bilali




Moga Allah sentiasa memelihara kita daripada akrab dengan dosa walaupun dosa itu hanya kecil. Sehebat-hebat ketenangan jiwa adalah bila kita kembali kepada Allah dan sentiasa berzikir kepadanya.

"ala bizikrillahi tat-mainnul qulub"
"Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram"
Ar-rad,28

langkah-lagkah dakwah ke jalan Allah

Langkah dakwah pertama ialah anda harus punya 2 sikap utama:

1. meyakini kewajiban dakwah kepada Allah taala dan urgensinya

2. punya keinginan yang kuat untuk menyampaikan Islam kapada orang lain.

Jika anda tidak punya kepekaan dan keyakinan, maka langkah-langkah anda akan terganjal, sebab anda tidak punya motivasi kuat untuk melakukan tugas ini.

-petikan dari Bekalan Dakwah Akhwat, Haidar Quffah


Semangat juga penting untuk menggerakkan kaki kita untuk berdakwah. tapi terlebih semangat juga tak elok, nanti cepat pula pancitnya...yang terbaik itu ialah dengan beristiqamah dengan apa yang ada.Beristiqamah dengan apa yang kita faham. Bukan berlagak seperti kita dah tahu semua benda bila padahal kita sebenarnya baru 'melangkah setapak kaki'.

Mohon dengan sangat supaya hati ini sentiasa beristiqamah dengan jalan yang ku pilih ini.ameen..

Saturday, April 23, 2011

SOS: Searching fOr Salahuddin

Alhamdulillah, all praise to Allah.

Aku diberi kesempatan untuk mengendalikan salah satu program ber-isu-kan Palestine. Di KMB dulu pernah aku bersama GNCC mengendalikan Minggu Remembrance of Al-Quds (ROQ), tapi mengendalikan Searching fOr Salahuddin (SOS) lebih memberi kesan lebih lagi pada diri sendiri.

Kali ini, aku lebih mengenali speaker dengan lebih dekat. Prof Madya Dr Zainurrashid. x-RCSI rupanya. terasa lebih dekat sebab dia memahami sistem pembelajaran disini.

Apa yang aku kagum, setiap butir katanya mesti terasa 'aura'nya. Dia melontarkan kata-katanya sehingga telinga takmau alih dengar perkara lain, takut tertinggal apa yang dikatakan. Walaupon ketika aku menyertai program SOS di Oxford, kadang riuh juge dengan kehadinran kanak-kanak. Agak terganggu sedikit. Tapi aku cuba tutup telinga untuk tangisan budak2 dibelakang, cuba untuk konsentrate talk di depan.

Aku pernah katakan pada ukhtiku, Dr Z ni mesti qiamnya hebat, solatnya khusuk, hafalannya mantap. Sebab itu aku dapat rasakan setiap kata-katanya sangat masuk kedalam hati. Masakan orang yang lemah ibadahnya dapat berkata-kata sampai masuk ke dalam hati. Hamba-hambaNya yang mengikat kuat hatinya pada Allah sahaja mampu menyentuh hati-hati manusia, dengan izin Allah juga.

Pada saat aku menulis ini, program RSP: SOS sedang berjalan di German. Moga dipermudahkan urusan. Bukan nilai angka pound/euro yang kita mahu kumpul, tapi kefahaman dan kesedaran pada diri masyarakat. Terutamanya setiap ahli yang mengendalikan program ini, yang sebenarnya lebih rapat dengan matlamat program itu sendiri. Dan yang paling mustahak sekali diri sendiri ini! Bukan jawatan kerja dalam RSP yang penting, tapi yang lebih penting, samada diri empunya ini mengambil ibrah secara serius ataupon tidak.



sibuk-sibuk kita mengendalikan Searching fOr Salahuddin, adakah kita sendiri berjaya meneladani tokoh panglima tersebut? Qiamnya, solat sunatnya, konsistent dalam solat jemaahnya...Adakah kita masih tidak merasakan pentingnya untuk memperbaiki solat malam kita?

Sama-sama kita renungkan. Terutamanya yang ni! ( sambil tunjuk tangan pada hidung sendiri)

Tuesday, March 8, 2011

Usaha usaha..

Belek2 buku nota lama, terjumpa phrase yang mengetuk jiwa:

"Rasulullah bekerja keras, umpama kalau ada cat merah di bawah tapak kaki Rasulullah, penuh satu Madinah dengan cat merah tu"

Maksudnya tiada tempat di Madinah yang Rasulullah tak pergi untuk berdakwah. Semua pernah mendengar mengenai mengenai Islam.

Kita di padang Mashar akan dipersoalkan tuntutan kewajiban kita. Dah tunaikan kah hak orang ini, hak orang itu, hak pada masa, hak kepada study kita, hak kepada ibu bapa, hak kepada Pencipta kita

dan yang merangkumi segala: hak kepada syahadah kita..

usaha tetap usaha. dan selebihnya kita serah kepada Allah..

wA

Monday, February 21, 2011

Kita menolak al-Hawa'...bagaimana memulakannya di Facebook?


Saban hari laman Facebook sudah semakin mewarnai kehidupan hampir semua pemuda-pemudi. Disitulah tempat bertanya khabar, tempat berkomunikasi, tempat bertemu rakan lama, dan disitulah tempat bersosial. Tidak kurang juga status sesetengah rakan yang banyak berkongsi tazkirah,ayat Al-Quran, hadis dan pemikiran bernas. Namun ada juga sesetengah rakan yang suka mencemari dinding facebook dengan perkara yang kurang soleh.

Dan dari situlah terserlahnya keperibadian dan identiti seseorang. Bagaimana dia berinteraksi dengan rakannya,bagaimana dia membalas status,bagaimana dia mengawal privasinya dan lain-lain.

Sedang kita melayari laman facebook itu, beringatlah kita pada nasihat Maimun bin Marhan, seorang ahli hadis yang thiqah,

“Jauhkanlah dirimu dari sebarang hawa yang bukan bernama Islam.”

Al-Hawa yang dimaksudkan itu bererti perkara yang bukan Islam dan ia hanyalah nafsu semata. Ia boleh jadi sesuatu perkara yang kita sedar ataupun tidak dan takutlah kita jika kita tidak sedar yang sebenarnya kita telah terjebak dengan al-Hawa.

Daripada Abu Hurairah r.a beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda:

Sebahagian daripada keelokan seorang mukmin ialah meninggalkan apa yang tidak berfaedah baginya. (Hadis ini Hadis Hasan, diriwayatkan oleh al-Tarmizi dan lain-lain sedemikian.)

Maka jadilah kita seorang mukmin yang jelas pegangan terhadap agama. Dimana iman yang kita benarkan dalam hati,diikrarkan dengan lisan dan diamalkan dengan perbuatan. Apabila kita meletakkan Allah lebih tinggi dari segalanya, sudah tentu lisan dan perbuatan juga turut menzahirkannya. Dan kita juga turut meninggalkan apa yang tidak membawa faedah pada diri kita.

Islam tidak hanya dipandang pada solat,puasa dan ibadah tetapi ia juga dipandang pada segi aspek pergaulan sosialnya,akhlak pertuturanya dan indah peribadinya .Keimanan yang kuat sahaja yang akan mampu membentengkan diri dari silauan hawa yang sentiasa menggoda.

Fenomena facebook ini bukanlah suatu ruang yang mengizinkan kita memandang ringan terhadap agama. Sebagai seorang daie, kita perlulah menonjolkan peribadi yang mantap dan buah fikiran yang membina dan bermanfaat. Masalah ikhtilat juga sangat perlu dititik beratkan walaupun hanya di laman facebook yang tidak memerlukan pertemuan secara alam nyata. Status, komen dan penggunaan bahasa juga haruslah menggambarkan keindahan akhlak dan jati diri Islam yang sebenar. Kita juga perlu memainkan peranan dalam menasihati rakan-rakan yang terang-terangan menyiarkan kemaksiatan atau perkara yang sia-sia.

Namun, ini bukanlah menjadikan kita seorang yang serius. Elemen humour tidak pernah dihalang oleh islam selagi ia tidak melanggar syarak. Malah medium ini sangat berguna untuk meluaskan ukhuwwah dan mesej islam itu sendiri di kalangan rakan. Asalkan kita sendiri sedar dan mengawal privasi dan kelonggoran yang ada hadnya.

Didiklah diri kita ini bersungguh-sungguh menolak hawa dan melatih kita menjadi orang yang soleh. Tidak kira samaada di alam maya mahupun di alam nyata. Dan semaikanlah rasa izzah iaitu bangga pada agama yang menjadi pegangan dan jati diri kita. Impaknya pasti terkesan pada rakan yang lain insyaAllah.


Sunday, July 4, 2010

Bersihkan hati..luruskan niat...

Saya teringat kata2 murabbiah saya dulu,
'kalau nak ada ikatan hati dengan manusia, kita kene ada ikatan hati kita dengan Allah dulu'-Kak HH
Dan kata-kata ini sering kali saya sematkan kemas-kemas sebagai ingatan. Masakan kita mahu mengajak hati-hati orang lain untuk beriman jika diri sendiri masih goyah imannya. Dan disini terujinya keikhlasan berkerja.

Akan saya semat juga pesanan Kak RA supaya kita sering diperingatkan dengan tazkirah ikhlas berkali-kali. Bukan kita tidak tahu apa itu ikhlas, tapi kita akan sering kali tergelincir dari landasan keikhlasan. Paling bahaya sekali penyakit riya' yang sangat mudah untuk menerbangkan amalan-amalan kita dan menghapuskan amalan-amalan tersebut.

Moga amalan kita sentiasa dikembalikan dan diserahkan semula kepada Allah untuk dinilai. Bukan diniatkan untuk ditunjuk di depan naqibah atau masul. Bukan diniatkan untuk tunjuk siapa paling banyak buat kerja didepan manusia. Allah, sangat sukar untuk menjaga itu. Riak itu sangat-sangat bahaya dan syaitan suka mencucuk-cucuk kita untuk berasa bangga dan riak. Astaghfirullah.

Bersihkanllah hati kami Ya Allah. Luruskanlah hati kami Ya Allah.

*Saya pernah dengar kata-kata siapa tah, kalau seseorang itu sering berqiam, kata-kata dia akan sentiasa menggetarkan orang yang mendengar. Dia ada aura dia sendiri sebab dia sering berqiam.

Sesungguhnya qiam itu memang payah,kecuali orang yang melaziminya. Yang tukang menaip ni pun payah betul untuk terus istiqamah bangun qiam. :(




Friday, July 2, 2010

Blog lama dan kenangannya..

blog lama tu dah lama terasa mahu delete.akhirnya ter'delete' juga dengan semua barang didlmya
tapi rasa terkilan juga. sbb coretan dari aku 'kecik' sehingga sekarang tersimpan disitu..takpe lah, biarkan jadi memory sendiri.tidak sesuai lagi untuk dipublish apatah lagi ditatap oleh orang lain (yg mungkin bukan muhrim yg membaca).

blog lama nama je luvpalestine. hati sentiasa berkobar2 pasal isu palestine.tp bab menulis je pasal tu- gagal...kalau ditanya kenapa memilih nama luvpalestine, sbb isu palestine jugalah yang pertama kali pernah mengetuk hati untuk menerimah hidayahNya..(berkobar2 jugaklah zaman 'kecik'2 dulu). blog tu menjadi tempat untuk bercerita itu ini. ade juga cerita hati.disimpulkan dalam bahasa2 hati yg orang lain pon mungkin tak paham.

akhirnya entah.blog jadi tempat yg begitu mudah untuk hati berkata-kata.lontaran pemikiran senang2 dan sesukahati je campak di dalam blog itu.entah sesuai ke tidak..akhirnya diri sendiri terasa blog itu semakin hampeh.

biarkan je lah...
ok bina blog baru.imej baru.go go alzyemah!

new theme: let iman be your driver~