Wednesday, February 15, 2012

Kembara al-fateh3- Rindu azan

Permandangan pertama Istanbuld dari kapal terbang ialah kubah-kubah dan menara masjid,bersepah ditengah-tengah kepadatan bangunan dan rumah. MasyaAllah sangat seronok..(dah tak ingat peristiwa pagi buta tu)

Malam tu kami bersia-sia disekitar hostel. Dekat sangat dengan Blue Mosque dan Aya Sofia.

Mendengar azan juga terasa ingin menangis. Bersahut-sahutan. Selama di Dublin asyik azan laptop sahaja kedengaran. Rindu!

Blue mosque nama lainnya Sultanahmet Mosque. Antara tarikan di Istanbul. Interiornya dihiasi dengan tiles biru, sebab itu dipanggil Blue Mosque.

Tapi orang mesti konfius dengan Aya sofia. (atau cik Azimah sahaja yang konfius?ehe) Sebelum sampai ke Istanbul, nama Aya Sofia lebih ku familiar berbanding Blue Mosque. Sejarahnya sangat aku kagumi.

Kedua-dua Blue Mosque dan Aya Sofia ni sangat dekat. Blue mosque mempunyai 6 menara, Aya Sofia ada 4. Aya sofia bangunan dari luar nampak keorenan. Dua-dua bagunan ni besar.

Allahu Allah
Aku merindui panggilan azan untuk solat kepadaMu..

Sangat sangat rindu!

Moga sentiasa tsabat wahai iman..

Cinta mana lagi yang lebih tinggi selain Allah bagi orang mukmin..

Segala-galanya disandar pada Allah. Segala takdir samada baik atau buruk,semua disandarkan pada Allah.
Apabila yang baik menimpa,pasti lebih dia bersyukur
Apabila yang buruk menimpa,pasti akan dicari hikmahnya...sehingga tidak nampak lagi buruk itu kerana pasti ada sebab berlakunya apa-apa musibah.
Moga dengan ditimpa musibah, dia juga terus lebih akrab lagi dengan Penciptanya..

Allahu Allah.
Alhamdulillah atas segala aturanMu

Andai aku tidak menoleh pada jalan tarbiyyah ini,entah apa jadi pada diri ini.
Dengan tarbiyahlah yang memberi aku peluang untuk menilai kehidupan dengan lebih baik insyaAllah

Moga terus tsabat wahai iman

*Mode muhasabah atas bus dlm perjalanan ke hospital;)

Wednesday, February 8, 2012

Kembara Al-fateh 2- kenapa dublin begini?

Detik-detik pemulaan jaulah kami tidak dapat aku lupakan.

Terbangun lambat. Lupakan plan untuk naik bus aercoach yang lebih murah. Naik teksi akan menyelamatkan keadaan. (Mujur ada duit cash lebih..)

Keluar rumah jumpa orang macam-macam. Semuanya mabuk terhuyung hayang. Ada orang muntah kat tepi kiri.ada orang kencing kat tepi kanan.ada orang jerit-jerit,ada orang jalan kat tengah jalan. Horror. Dasyatnya orang begitu.dah tak nampak baiknya orang Irish ni. Luntur rasa kagumku pada orang Irish yang hebat manners.

Bukan itu sahaja, satu lagi cabaran menimpa. Tahan tahan teksi satu pun x available! Semuanya ada passenger. Horror.

Nasib baik ada seorang irish menegur kami,katanya kalau cari teksi kat jalan depan skit mungkin ada teksi yang kosong.

Maka semua mengheret beg masing berjalan ke jalan tersebut. Berjalan jauh juga sebenarnya. Berselisih dengan ramai lagi pemuda-pemuda berkeliaran pagi-pagi buta ni. Meriah semacam pagi begini di Dublin. Oh baru teringat yang ini malam weekend..ohoho padan la meriah begini. Nak tahan teksi pun terpaksa berebut dgn mereka.

"AIRPORT! AIRPORT!" terpaksa ku menjerit dek nak dapatkan teksi secepat mungkin. (Dah tak tahu malu dah cik Azimah ni terjerit-jerit ;p) Masa dah tak bnyak untuk check in beg dan sbginya..akhirnya ada teksi berhenti memilih kami.alhamdulillah

Pengalaman yang tak dapat dilupakan.

Dublin pada waktu siangnya lain dgn dublin waktu pagi buta begini..

Rasa sangat tak selamat..

Kenapa kenapa?






To be continue..

Friday, February 3, 2012

Piala hatiku..

Iman merupakan persoalan besar dalam kehidupan manusia.
Iman bukan kalimah yang dituturkan oleh lisan
Bukan juga upacara ibadat yang dilaksanakan
Ia adalah situasi jiwa dan landasan kehidupan,
serta konsep sempurna tentang nilai, peristiwa dan situasi.

Apabila iman subur di hati, dia sentiasa berkeadaan tenang dan sejahtera,
kerana dia berhubung dengan punca segala peristiwa dan pengatur segala situasi (iaitu Allah). Dia akan berasa tenang dengan ketetapanNya, merasai rahmatNya, menghargai ujianNya, sentiasa mengharapkan jalan keluarNya daripada sebarang kesempitan dan meninjau-ninjau kemudahan daripada Allah Ta'ala selepas menempuh kesukaran.

Dia turut menghalakan tujuan kepadaNya dengan perbuatan baik,
tahu bahawa dia hanya membelanjakan rezeki yang dikurniakanNya
dan dia akan menerima ganjaran di atas perbelanjaan di jalan Allah itu,
diganti pula di dunia dan di akhirat.

Jadi, iman adalah keuntungan di dunia, yang tercapai sebelum ganjaran di akhirat.
Iman merealisasikan kerehatan, ketenangan, keteguhan dan kestabilan di sepanjang usia kehidupan ini.


-petian dari Tafsir Surah Al-Ma'arij. Keluasan Islam

buat peringatan untuk diri sendiri

Saturday, January 28, 2012

Kembara Al-Fateh

Alhamdulillah..
Syukur setinggi-tingginya..

Kami pulang semula ke Dublin dengan selamatnya setelah 6 hari merantau jauh.

Allah sebaik-baik perancang. Alhamdulillah susunan Allah itu sangat cantik. Ada saja orang menolong saat-saat genting terkapai-kapai.

Allahu Allah

Banyak sangat belajar
Belajar mengenal diri
Belajar mengenal orang
Belajar memahami dan menghayati sejarah

Lain sungguh rasanya belajar sejarah dihadapan buku dengan melihat dengan kepala sendiri kesan-kesan sejarah itu.Lain!

Berderau darah bila membayangkan situasi zaman2 dulu, di mana aku menapak, disitulah mereka penah mencipta sejarah. Kagum! Hebat!

Bakal mengupdate lagi insyaAllah..

Wednesday, October 5, 2011

Peringatan buat yang lalai T.T

Hati yang sihat sempurna ialah hati yang dipenuhi dengan nilai ibadah yang benar iaitu melakukan setiap suruhan dan perintah hanya kerana Allah.

Hati sebegini mampu memahami manfaat dan hikmah daripada sesuatu perintah Allah.
Tidak menambah atau menguranginya.

Mengerti dengan tahap kesedaran yang amat dalam, bahawa perintah yang dilakukan bukan kerana menjalankan tanggungjawab sebagai hamba semata-mata, tetapi lebih daripada itu, merasai ghairah dan kenikmatan dalam melaksanakan suruhan Yang Maha Esa

-solusi #29-

Sunday, August 14, 2011

Amal Ramadhan

Alhamdulillah...satu pengalaman menarik lagi

Kalau sebelum ni menjadi audiens
Kemudian menjadi tukang mengajak audiens
Kemudian menjadi penganjur..

Kali ni,tidak percaya bila menjadi penceramah pula.(act bukan penceramah,hanya pembantu penceramah je)

3 sekolah kami hadiri,mewakili aman palestin, beri ceramah mengenai palestin

Tiap tiap sekolah ada saja perkara baru yg kami belajar. Audiens dr sekolah rendah dan sek menangah sangat berbeza lah..dan sekolah yg terakhirlah saya rasa paling ok.tapi ada juga yang spoil nye.(saya la tu jadi spoilernyeo_O)

Semoga ada yang Allah bukakan hati mereka untuk menghayati isu palestin ini