Detik-detik pemulaan jaulah kami tidak dapat aku lupakan.
Terbangun lambat. Lupakan plan untuk naik bus aercoach yang lebih murah. Naik teksi akan menyelamatkan keadaan. (Mujur ada duit cash lebih..)
Keluar rumah jumpa orang macam-macam. Semuanya mabuk terhuyung hayang. Ada orang muntah kat tepi kiri.ada orang kencing kat tepi kanan.ada orang jerit-jerit,ada orang jalan kat tengah jalan. Horror. Dasyatnya orang begitu.dah tak nampak baiknya orang Irish ni. Luntur rasa kagumku pada orang Irish yang hebat manners.
Bukan itu sahaja, satu lagi cabaran menimpa. Tahan tahan teksi satu pun x available! Semuanya ada passenger. Horror.
Nasib baik ada seorang irish menegur kami,katanya kalau cari teksi kat jalan depan skit mungkin ada teksi yang kosong.
Maka semua mengheret beg masing berjalan ke jalan tersebut. Berjalan jauh juga sebenarnya. Berselisih dengan ramai lagi pemuda-pemuda berkeliaran pagi-pagi buta ni. Meriah semacam pagi begini di Dublin. Oh baru teringat yang ini malam weekend..ohoho padan la meriah begini. Nak tahan teksi pun terpaksa berebut dgn mereka.
"AIRPORT! AIRPORT!" terpaksa ku menjerit dek nak dapatkan teksi secepat mungkin. (Dah tak tahu malu dah cik Azimah ni terjerit-jerit ;p) Masa dah tak bnyak untuk check in beg dan sbginya..akhirnya ada teksi berhenti memilih kami.alhamdulillah
Pengalaman yang tak dapat dilupakan.
Dublin pada waktu siangnya lain dgn dublin waktu pagi buta begini..
Rasa sangat tak selamat..
Kenapa kenapa?
To be continue..
No comments:
Post a Comment