Permandangan pertama Istanbuld dari kapal terbang ialah kubah-kubah dan menara masjid,bersepah ditengah-tengah kepadatan bangunan dan rumah. MasyaAllah sangat seronok..(dah tak ingat peristiwa pagi buta tu)
Malam tu kami bersia-sia disekitar hostel. Dekat sangat dengan Blue Mosque dan Aya Sofia.
Mendengar azan juga terasa ingin menangis. Bersahut-sahutan. Selama di Dublin asyik azan laptop sahaja kedengaran. Rindu!
Blue mosque nama lainnya Sultanahmet Mosque. Antara tarikan di Istanbul. Interiornya dihiasi dengan tiles biru, sebab itu dipanggil Blue Mosque.
Tapi orang mesti konfius dengan Aya sofia. (atau cik Azimah sahaja yang konfius?ehe) Sebelum sampai ke Istanbul, nama Aya Sofia lebih ku familiar berbanding Blue Mosque. Sejarahnya sangat aku kagumi.
Kedua-dua Blue Mosque dan Aya Sofia ni sangat dekat. Blue mosque mempunyai 6 menara, Aya Sofia ada 4. Aya sofia bangunan dari luar nampak keorenan. Dua-dua bagunan ni besar.
Allahu Allah
Aku merindui panggilan azan untuk solat kepadaMu..
Sangat sangat rindu!
No comments:
Post a Comment