Friday, February 3, 2012

Piala hatiku..

Iman merupakan persoalan besar dalam kehidupan manusia.
Iman bukan kalimah yang dituturkan oleh lisan
Bukan juga upacara ibadat yang dilaksanakan
Ia adalah situasi jiwa dan landasan kehidupan,
serta konsep sempurna tentang nilai, peristiwa dan situasi.

Apabila iman subur di hati, dia sentiasa berkeadaan tenang dan sejahtera,
kerana dia berhubung dengan punca segala peristiwa dan pengatur segala situasi (iaitu Allah). Dia akan berasa tenang dengan ketetapanNya, merasai rahmatNya, menghargai ujianNya, sentiasa mengharapkan jalan keluarNya daripada sebarang kesempitan dan meninjau-ninjau kemudahan daripada Allah Ta'ala selepas menempuh kesukaran.

Dia turut menghalakan tujuan kepadaNya dengan perbuatan baik,
tahu bahawa dia hanya membelanjakan rezeki yang dikurniakanNya
dan dia akan menerima ganjaran di atas perbelanjaan di jalan Allah itu,
diganti pula di dunia dan di akhirat.

Jadi, iman adalah keuntungan di dunia, yang tercapai sebelum ganjaran di akhirat.
Iman merealisasikan kerehatan, ketenangan, keteguhan dan kestabilan di sepanjang usia kehidupan ini.


-petian dari Tafsir Surah Al-Ma'arij. Keluasan Islam

buat peringatan untuk diri sendiri

No comments:

Post a Comment