Ingin aku menampal coretan murabbi kami disini..bila baca sekali, perasaanku biasa sahaja. tapi bila baca kali kedua kali ketiga dengan meneliti satu persatu perkataannya, terasa teersaaaangat benar.
.......................................................................................................................................
Kita bicara tentang usrah 'online' yang 'kering'..
Mereka bicara tentang usrah yang penuh ukhuwah dan maknawi keimanan..
Kita bicara perihal jilsah yang hanya 2 jam lamanya
Jilsah yang penuh tawa malah dengan tak sabar menunggu saat khatam al-Asr nya
Dengan mata menitip status baru kawan di mukabuku
Sedang tangan menyuap rakus perut yang kekosongan.
Mereka bicara perihal jilsah 5 ke 6 jam
Jilsah yang penuh fokus dengan kesediaan ahli-ahlinya..
Dengan nota penting kemas ditinta
Sedang mulut tidak sudah mengumit hafalan qalamullah.
Kita bicara dengan bangganya,
Tentang 20 ke 30 orang yang baru kita kumpulkan
Buat mengenal amanat Tuhannya
Mereka bicara dengan amal
Di atas 8 padang bola luasnya...
Sedang mereka sama baya
Sama muda jiwa gelora
Sama kuat tenaga perwira
Entah apa silapnya,
Mungkin kita masih bermanja
Enggan merungkai serakah di dada..
Buat aku dan kamu..
Kita dan mereka sama..
Cuma berbeda di sisi Tuhannya.
Abu.Khairah
Alan Bullock Close, Oxford
26 Februari

............
Setiap bait katanya sangat benar.
Usrah online memang kering. Hanya mendengar suara-suara mereka dari kejauhan. Yang dapat kulihat gambar profile skypenya. dan juga taip-taip perkataan mereka.Yang aku dengar kata-katanya. Dalam masa yang sama, suara-suara lain yang berada di tempat kita juga turut kedengaran. Tiada bahasa badan si dia dan mereka. Tiada aku nampak keadaannya dan keadaan mereka. Sihatkah dia? Gembirakah wajahnya? Dah makin besar ke dia? :D semua kene bertanya...tak nampak jika dia baru tukar spek mata ke, tak nampak jika badannya makin membesar ke..
Tapi semua ahli tahu dan paham. Ukhuwwah itu terpaksa juga kami cuba-cuba selitkan dalam sampok2 maya ini. Mula-mula memang tak merasa, tapi buah manisnya dapat juga dirasa sebenarnya. Sekali buat program himpunkan semua, pasti tersangat seronok....dan sangat dan tersangat kagum bagi yang datang dari jauh, spent duit transport yang mahal untuk hadir bersama. uuuuuh ;') dan paling terharu bila saat sebelum pulang ke tempat masing-masing, kami berpelukan erat, sambil membisikkan kata-kata semangat dan kata-kata ukhuwwah...seolah-olah lepas itu tak berjumpa dah.sebenarnya memang susah dah nak berjumpa fizikal begitu! sebab itulah saat berpisah pasti ada yang menitiskan air mata..
Terharunya ukhuwwah yang hadir ini...
Biar dicampak sikit situ, sikit sini...tapi kita bersama-sama sebenarnya.
Ya kita memang bersama-sama...
Bila down, mereka yang kejauhan akan ku cari...biar tak nampak muka, biar tak merasa pelukan, tapi kata-kata mereka sudah aku merasakan seperti mereka berada disisi..
Kami menerima seadanya, walaupun usrah yang fizikal tersangat rindu untuk merasa.
Kami merindui pertemuan online, walaupun pertemua fizikal memang tersangat rindu
Kami merindui sembang2 sebelum dan selepas usrah online itu bermula, walaupun memang sembang2 bila bertemu itu lebih kami rindui
Buat dia,
Ibu kami yang berjauh kilometer dari kami, kami juga merindui ibu!
Aku doakan dia sentiasa dipermudahkan urusan. Sentiasa dilimpahkan rahmat. Sentiasa dimurahkan rezeki. Dan yang paling aku harapkan, syurga firdausilah yang layak bagi dia kelak. Tersangat banyak pengorbanannya kepada kami dan kepada agama ini. Besar sahamnya, dari apa yang telah dia taburkan dimerata tempat, di Dublin, di UK, di Czech, di German dan dimana-mana sahaja, pasti saham itu mengalir....
Terima kasih ibu^_^
Rindu!
No comments:
Post a Comment