Monday, February 27, 2012

Kembara Al-Fateh 4- Kamal At-Tartuk bagimu, bagiku dan bagi mereka...

Dah lama nak bercerita tentang ini di blog ni.Tapi salu tersangkut-sangkut ingin menaip..



Cerita tentang encik KT.

Mula-mula sampai Istanbul, At-tartuk airport, nak tukar duit dah jumpa mukanya di setiap mata wang tersebut. Jika pada duit kita, ada muka Agong pertama Tanah Melayu. Kalau ditanya pada orang Malaysia, agak-agak dapat jawab ke kita siapakah dia di duit kertas itu? apakah sumbangan dia pada negara? (oh cik Azimah sendiri buntu nak jawab apa sebenarnya.shame shame -_-'')


Tapi nama KT ni memang terkenal juga la. Buku-buku sejarah sekolah pon dimention namanya. Di Daurah isk juga dimention namanya. Tapi berbeza sudut pandang terhadap orang yang sama ini.

Dan aku sangat ingin mengetahui apakah pandangan orang-orang Turki sendiri terhadap KT ini.







Di dalam Dolmabache Palace, kami dibawa melihat dalamnya yang terdapat sungguh banyak hiasan dan ada juga hadiah-hadiah dari negara lain untuk khalifah. Salah satu hiasan, merupakan plaque yang menulis kata-kata pemuda bernama KT. Ia dalam bahasa Turki. Tourist guide kami mengatakan ia adalah seruan KT untuk bangkit menentang penjajahan British.

Aku bertanya tourist guide kami, 'so you think Kamal At-tartuk is a hero for this country?'

Dia tak berkata 'yes', tapi menceritakan yang pernah suatu ketika seorang wanita ingin menutup tingkap bilik airnya, dan yang dia dapati hanya poster pemuda ini, lalu dia gunakan untuk menutup tingkap bilik air yang lutsinar. Tapi orang-orang lain marah akan tindakan tersebut..seolah-olah menghina pemuda tersebut. Yang aku faham mengenai cerita dia, KT ini memang seorang yang dihormati juga...

Tapi apakah yang dia buat sebenarnya? What happen to the Ottoman emperor? Lemah sangatkah sultan pada ketika itu??Aku bertanya pada tourist guide kami..

Menurutnya, Sultan lebih rela akur dengan perlindungan British, kerana ketika itu sedang berlaku World War 1. Sedang pemuda KT ini melaungkan semangat membebaskan negara Turki dari mana-mana penjajahan. Dan akhirnya dia berjaya menggulingkan dan menamatkan pemerintahan Kerajaan Ottoman yang pernah gilang gemilang pada suatu masa dahulu. Fullstop.

Jadi, memang nampak watak KT ini hero disini. Hebat juga dia ni. Khalifah pun dah tak boleh diharap dah..Bakpa yang nak menaung di bawah orang lain? Kita kene bangkit membebaskan diri..Pemuda inilah yang melaungkan kebebasan. Turki tidak mahu dijajah oleh British. Turki mahu memerintah sendiri. Jadi naik lah KT sebagai Presiden Pertama Turki. Setelah dia menjadi Presiden Turki, pembangunan banyak di sana sini..*clap clap clap*







Eh jap, tunggu tunggu...

Lupakah cik Azimah, yang pemuda ini lah yang mencabut kedudukan agama dari pemerintahan, melarang wanita-wanita memakai hijap di majlis rasmi, menukar azan kepada bahasa turki, menukar masjid aya sophia kepada muzeum, dan lain lain, semua benda nak sekular...
Dan paling menghayatkan hati,meruntunkan iman, pemuda inilah yang menamatkan sistem kerajaan khalifah islamiyah di muka bumi ini...Merintih para ulama yang mencintai agama, merintih pemimpin-pemimpin islam yang mencintai Islam.

Sekurang-kurangnya khalifah yang terakhir itu mempertahankan undang-undang islam, mempertahankan sistem islam, walau tidak dapat dinafikan waktu itu kuasa sistem kerajaan Ottoman sangat lemah.

Bidas aku disitu..tapi dalam hati je la.(oh lemahnya diri. T.T)



Aku cuba membidas begini, 'But the ottoman empire was so great right? Then why it cannot be maintain?...'


Tour guide kami menambah, 'the ottoman government was long time ago. We need to change as the world is changing. The goverment need to be change. We need modernisation so that we do not left behind...bla bla bla....' (gitulah lebih kurang) nampaknya tour guide kami tidak memihak pada Ottoman Empire rupanya. Padahal baru tadi dia cerita hebatnya Dolmabache Palace yang dibina pada Ottoman Empire, hebatnya Sultan Mehmed membuka Constantinople, hebatnya Istanbul menjadi pusat pemerintahan Islam dengan banyak menerima hadiah-hadiah dari kawasan naungannya.

Sejarah Ottoman Empire di kepala mereka, tetapi bukan di hati mereka.


Aku memanjangkan lagi bicara, bertanyakan dia, 'What do you think of your President now, Erdogan?'

'Erdorgan, he is a great leader, but there's some things that I like about him, and also some things I do not agreed with him.'

'Why?What is it? I heard he is an Islamic Leader and a brave person'

'I think he want to make it Islamic'

'Well, that's very good then!'

'Hmm, I don't want Islam to be rule. Islam make the country go backwards. It is outdated. We have to be modernised..otherwise we are going behind....blablablablabla...'


panjang lagi yang tour guide kami hujahkan...tak ingat aku secara detail. dan juga tak reti nak cerita di sini. bukan pasal Islamic rules je, pasal wuduk, pasal solat juga dia main-mainkan. tercabar hatiku lalu aku membidas mana yang mampu, dengan keterbatasan vocabku dalam English untuk menerangkan pasal agama. O_o

sembang-sembang sambil minum Alma Cai (teh epal) sedang diluar sungguh lebat snow turun. Berhati-hati aku menyusun kata, tidak mahu mengguris perasaannya, walaupun perasaanku sudah pon diguris dan dirobek-robekkan oleh dia mengenai agama aku yang aku cintai.


lagi terkejut bila dia berkata begini:

'well, I'm a muslim. I'm proud to say I'm a muslim. Eventhoung I do not cover my hair, I do not do the solah..this is me. I try to be modern person...'

teeeet..rupanya aku berdepan dengan seorang Muslim rupanya, tapi tidak berfikiran muslim, jauh sekali berpenampilan seorang muslim.rambutnya oren!

tapi dia sangat peramah...


Habis di situ pasal 'temuramah' tour guide..Mungkin dia hanya represent segelintir masyarakat Turki disitu. memang 90% rakyat Turki ialah Muslim. Aku harap bukan semua 90% itu ialah seperti dia. Mungkin hanya 5 % je ke..10% je ke...



Namun, ada tempat yang betul-betul aku merasakan ruh Islamnya hidup.
Di Masjid Ayub Al-Ansari. Lebih kurang 20 minit dari Blue Mosque naik teksi. Di masjid itu pun ada juga makam sahabat nabi yang mulia, Abu Ayub An-Ansari.



Ini dalam bahasa Turki. Ingin sekali aku menterjemahnya..Kalau la google boleh baca gambar ni dan translate....best best. Saat aku menziarahi makamnya, meremang bulu roma, mengenangkan semangatnya untuk membuka Constantinople walaupun usia yang tua.



Di masjid itu, wanita-wanitanya masih ada lagi yang memakai hijab dan menutup muka. Seronok skali melihat mereka..

Di berhampiran masjid tersebut, banyak kedai-kedai dan aku dapat merasakan kejujuran penjual-penjual di situ. Harga barang tak mahal sangat...Walaupun ada yang tak dapat berbahasa English, boleh la kami cuba-cuba Arabic yang kami tahu sikit2 dengan mereka.


Jadi kesimpulannya?
Di Turki, binaaan struktur bagunan semua terserlah kehebatan Islam. tapi aku kurang pasti kalau berbicara mengenai penghayatan Islam di sana.

Singgah semua kedai makan, semua halal, tapi yang binggungnya ada jugak jual arak disitu.

Singgahan kami di Turki hanya 6 hari. Mana mampu untuk membuat penilaian yang bagus. Harapnya ramai pencinta-pencinta agama di negara tersebut. Kalau di buat Islamic Tour Guide pastu aku memilih yang itu. Tapi tak jumpa pula..









huh penat bercerita.kalau ada masa, akan bersambung lagi....
tapi memory kembara Turki ni tidak akan aku lupakan.
*fakta-fakta itu aku hanya ingat-ingat, mungkin juga ada yang tersalah.
** perbualan itu pun hanya ingat-ingat, tapi isinya lebih kurang la..
***KT = Kamal At-Tartuk

No comments:

Post a Comment