Tuesday, June 24, 2014
Insaf..
Dan kemudian menjadi roomate pula.
Saya benar-benar insaf. Bila mengenali hakikat sebenar alam bekerja seorang houseman.
Pergi hospital kol 4 pagi, balik kerja waktu malam. Masamu benar-benar terikat dengan tanggungjawab di ward. Sedang aku, banyak sungguh masa lapangku. Walaupun sudah masuk final year medic..study pon masih tidak serius. Dakwah pula takla mengancam mana pon, ala kadar sahaja. Astaghfirullah..
Mengenalimu dan tambah menjadi roomatemu, benar-benar membuatkan aku kembali rapat semula kepada Allah setelah satu tempoh kefuturan yang sangat tidak digemari. Ramadhan pun semakin hampir. Moga kamu terus kuat menghadapi tempoh houseman yang sangat mencabar ini..
Thursday, April 17, 2014
Di sini..
Baru je menghabiskan buku Aku Bukan Suparman. Sedang meniti sisa-sisa helaian terakhir, saya teringat blog yang menjadi tempat coretan perjalanan tarbiyyah dan dakwahku. Belek2 entry lama, tak percaya saya pernah sehebat ini dulu. Bersemangat. Penuh dengan pengisian. Membara-bara...
Itupun bukan selalu menulis. Kalau yang sedikit coretan itu tak tergerak waktu itu untuk menulis, mungkin tak ingat la waktu saat2 hebat begitu. Jaulah Turki, jaulah akhwat, usrah online, Pengalaman menjadi Ameerah JUMP, pengalaman deliver talk pasal Palestine, pengalaman handle program Palestine di Dublin....fuuh sebahagian pengalaman yang sangat bermakna yang telah membentuk diri ini.
Balik di Penang, suasana jadi lain. Dengan banyaknya kita berjumpa dengan akhwat, banyaknya majlis ilmu, banyaknya sumber-sumber kekuatan iman..alhamdulillah.
Tapi suasana itu kadang menjadikan saya sedikit manja. Alasan itu alasan ini...merasakan orang lain mungkin boleh cover kerja kita. Tidak seperti dulu di Dublin, kalau kita tak buat keje, takde sapa lah yang nak buat kerja tu. Alasan yang macamana? Nak balik kampung la....ana xde masa la untuk itu ini...ana xde duit la..ana rasa berat la nak pergi program ni, ana nak pergi program ni, lagi best..
Macam macam la alasan...kalau di Dublin, itu jela program yang ada dan semuapun akan berusaha untuk pergi. Di sini, minggu ni xdapat gi, minggu depan ada lagi, bulan depan ada lagi..
Tidak tidak....jangan terus jadi begitu..
Mujur ada murabbiyah yang tegas dan garang. Adakalanya tak layan alasan remeh. Kene buat jugak Azimah oooi..
Betul la kata seorang akhowat, dikala kita sedang futur, kenanglah saat saat kita mula nak melangkah di jalan ini. Berkobar-kobar, bersemangat...blog ini akhirnya memberi manfaat pada diri bloggernya sendiri sebenarnya. Kerana kehidupan itu pasti akan lebih sukar dan lebih sukar..
Kita ingat dulu mungkin kita akan lebih hebat dan lebih hebat, tapi sebenarnya kehidupan sterusnya bertambah mencabar dan ada kalanya kita pon terundur kebelankang. Dan akan mengenang zaman hebatnya kita waktu dulu sambil berfikir, adakah kita akan menjadi sehebat dulu lagi...
Kata-kata kakak kesayangan, berkongsi lah pengalaman-pengalaman sebanyaknya dengan orang yang sudah lama dalam jalan ini. Ustazah2, doktor2...sebab masing masing ada pengalaman tersendiri dalam jalan dakwah mereka.
Ingin sekali saya mengenali Dr Murizah, Ustazah Solehah....orang hebat belaka ni.
Sunday, March 11, 2012
Jaulah Om Nom Nom
Friday, March 2, 2012
Monday, February 27, 2012
Kembara Al-Fateh 4- Kamal At-Tartuk bagimu, bagiku dan bagi mereka...
Dan aku sangat ingin mengetahui apakah pandangan orang-orang Turki sendiri terhadap KT ini.
Sunday, February 26, 2012
'Kita' dan 'mereka'
Ingin aku menampal coretan murabbi kami disini..bila baca sekali, perasaanku biasa sahaja. tapi bila baca kali kedua kali ketiga dengan meneliti satu persatu perkataannya, terasa teersaaaangat benar.

Wednesday, February 22, 2012
oh tarbiyyah..

Manusia memang macam ni..
Monday, February 20, 2012
Jalan ini..

Hebat dan dasyat menggerukkan hati
Bagi mukmin di sini harga dan nilainya 2x
Perjuangan itu bagai sampan di laut
Di atas lapang tiada perlindungan
Di bawa air melambung dan menggunung
Menongkah gelombang yang datang melanda
Kiri kanan depan dan belakang
Angin yang menderu tidak tahu bila datang
Hujan badai yang datang menyerang
Sunday, February 19, 2012
^_^
Di syurga, kita akan sibuk dengan sembang-sembang.
Huh
Sembang paa kt syurga?
Sembang-sembang pasai amal-amal kita kat dunia la. Kat syurga dah tak payah pikir dah nak beramal apa. Cuma kita dok teringat ja apa yang kita dok penat beramal kat dunia.
Best kan?
Syurga ialah tempat orang yang penat lelah di dunia.
Maka jom la kita berlumba-lumba beramal!
Wednesday, February 15, 2012
Kembara al-fateh3- Rindu azan
Permandangan pertama Istanbuld dari kapal terbang ialah kubah-kubah dan menara masjid,bersepah ditengah-tengah kepadatan bangunan dan rumah. MasyaAllah sangat seronok..(dah tak ingat peristiwa pagi buta tu)
Malam tu kami bersia-sia disekitar hostel. Dekat sangat dengan Blue Mosque dan Aya Sofia.
Mendengar azan juga terasa ingin menangis. Bersahut-sahutan. Selama di Dublin asyik azan laptop sahaja kedengaran. Rindu!
Blue mosque nama lainnya Sultanahmet Mosque. Antara tarikan di Istanbul. Interiornya dihiasi dengan tiles biru, sebab itu dipanggil Blue Mosque.
Tapi orang mesti konfius dengan Aya sofia. (atau cik Azimah sahaja yang konfius?ehe) Sebelum sampai ke Istanbul, nama Aya Sofia lebih ku familiar berbanding Blue Mosque. Sejarahnya sangat aku kagumi.
Kedua-dua Blue Mosque dan Aya Sofia ni sangat dekat. Blue mosque mempunyai 6 menara, Aya Sofia ada 4. Aya sofia bangunan dari luar nampak keorenan. Dua-dua bagunan ni besar.
Allahu Allah
Aku merindui panggilan azan untuk solat kepadaMu..
Sangat sangat rindu!
Moga sentiasa tsabat wahai iman..
Cinta mana lagi yang lebih tinggi selain Allah bagi orang mukmin..
Segala-galanya disandar pada Allah. Segala takdir samada baik atau buruk,semua disandarkan pada Allah.
Apabila yang baik menimpa,pasti lebih dia bersyukur
Apabila yang buruk menimpa,pasti akan dicari hikmahnya...sehingga tidak nampak lagi buruk itu kerana pasti ada sebab berlakunya apa-apa musibah.
Moga dengan ditimpa musibah, dia juga terus lebih akrab lagi dengan Penciptanya..
Allahu Allah.
Alhamdulillah atas segala aturanMu
Andai aku tidak menoleh pada jalan tarbiyyah ini,entah apa jadi pada diri ini.
Dengan tarbiyahlah yang memberi aku peluang untuk menilai kehidupan dengan lebih baik insyaAllah
Moga terus tsabat wahai iman
*Mode muhasabah atas bus dlm perjalanan ke hospital;)
Wednesday, February 8, 2012
Kembara Al-fateh 2- kenapa dublin begini?
Detik-detik pemulaan jaulah kami tidak dapat aku lupakan.
Terbangun lambat. Lupakan plan untuk naik bus aercoach yang lebih murah. Naik teksi akan menyelamatkan keadaan. (Mujur ada duit cash lebih..)
Keluar rumah jumpa orang macam-macam. Semuanya mabuk terhuyung hayang. Ada orang muntah kat tepi kiri.ada orang kencing kat tepi kanan.ada orang jerit-jerit,ada orang jalan kat tengah jalan. Horror. Dasyatnya orang begitu.dah tak nampak baiknya orang Irish ni. Luntur rasa kagumku pada orang Irish yang hebat manners.
Bukan itu sahaja, satu lagi cabaran menimpa. Tahan tahan teksi satu pun x available! Semuanya ada passenger. Horror.
Nasib baik ada seorang irish menegur kami,katanya kalau cari teksi kat jalan depan skit mungkin ada teksi yang kosong.
Maka semua mengheret beg masing berjalan ke jalan tersebut. Berjalan jauh juga sebenarnya. Berselisih dengan ramai lagi pemuda-pemuda berkeliaran pagi-pagi buta ni. Meriah semacam pagi begini di Dublin. Oh baru teringat yang ini malam weekend..ohoho padan la meriah begini. Nak tahan teksi pun terpaksa berebut dgn mereka.
"AIRPORT! AIRPORT!" terpaksa ku menjerit dek nak dapatkan teksi secepat mungkin. (Dah tak tahu malu dah cik Azimah ni terjerit-jerit ;p) Masa dah tak bnyak untuk check in beg dan sbginya..akhirnya ada teksi berhenti memilih kami.alhamdulillah
Pengalaman yang tak dapat dilupakan.
Dublin pada waktu siangnya lain dgn dublin waktu pagi buta begini..
Rasa sangat tak selamat..
Kenapa kenapa?
To be continue..
Friday, February 3, 2012
Piala hatiku..
Iman bukan kalimah yang dituturkan oleh lisan
Bukan juga upacara ibadat yang dilaksanakan
Ia adalah situasi jiwa dan landasan kehidupan,
serta konsep sempurna tentang nilai, peristiwa dan situasi.
Apabila iman subur di hati, dia sentiasa berkeadaan tenang dan sejahtera,
kerana dia berhubung dengan punca segala peristiwa dan pengatur segala situasi (iaitu Allah). Dia akan berasa tenang dengan ketetapanNya, merasai rahmatNya, menghargai ujianNya, sentiasa mengharapkan jalan keluarNya daripada sebarang kesempitan dan meninjau-ninjau kemudahan daripada Allah Ta'ala selepas menempuh kesukaran.
Dia turut menghalakan tujuan kepadaNya dengan perbuatan baik,
tahu bahawa dia hanya membelanjakan rezeki yang dikurniakanNya
dan dia akan menerima ganjaran di atas perbelanjaan di jalan Allah itu,
diganti pula di dunia dan di akhirat.
Jadi, iman adalah keuntungan di dunia, yang tercapai sebelum ganjaran di akhirat.
Iman merealisasikan kerehatan, ketenangan, keteguhan dan kestabilan di sepanjang usia kehidupan ini.
-petian dari Tafsir Surah Al-Ma'arij. Keluasan Islam
buat peringatan untuk diri sendiri
Saturday, January 28, 2012
Kembara Al-Fateh
Wednesday, October 5, 2011
Peringatan buat yang lalai T.T
Sunday, August 14, 2011
Amal Ramadhan
Alhamdulillah...satu pengalaman menarik lagi
Kalau sebelum ni menjadi audiens
Kemudian menjadi tukang mengajak audiens
Kemudian menjadi penganjur..
Kali ni,tidak percaya bila menjadi penceramah pula.(act bukan penceramah,hanya pembantu penceramah je)
3 sekolah kami hadiri,mewakili aman palestin, beri ceramah mengenai palestin
Tiap tiap sekolah ada saja perkara baru yg kami belajar. Audiens dr sekolah rendah dan sek menangah sangat berbeza lah..dan sekolah yg terakhirlah saya rasa paling ok.tapi ada juga yang spoil nye.(saya la tu jadi spoilernyeo_O)
Semoga ada yang Allah bukakan hati mereka untuk menghayati isu palestin ini
Friday, July 15, 2011
Tegakkan semangat bila runtuh!
Ajarilah jiwamu untuk terbang tinggi, nescaya ia tidak akan suka kepada kerendahan...
Kenalkanlah kepada kemuliaan, nescaya ia akan mmbenci kehinaan...
Rasakanlah kepada jiwa kesenangan rohani, nescaya ia akan meremehkan kesenangan jasmani yg kecil...
Waspadalah terhadap tidur yang melalaikan, kerana usia tak lama..
~muntalaq~
Tuesday, July 12, 2011
Tarbiyyah Dzatiyyah!

Tarbiyyah Dzatiyyah itu lebih mampu mengadakan perubahan
Setiap orang pastu punya aib, atau kekurangan, atau melakukan kelalaian dan maksiat, baik maksiat kecil atau dosa. Jika masalahnya seperti itu, ia perlu memperbaiki seluruh sisi negatif pada dirinya sejak awal, sebelum sisi negatif tersebut membengkak. Dan seseorang tidak dapat meluruskan kesalahan-kesalahannya, atau memperbaiki aib-aibnya, dengan sempurna dan permanen jika ia tidak melakukan upaya perbaikan ini, dengan Tarbiyyah Dzatiyah, kerana ia lebih tahu diri sendiri dan rahsianya. Jika ia menginginkan pembinaan dirinya, ia juga lebih mampu mengendalikan dirinya menuju manhaj tertentu, perilaku utama, dan gerakan yang bermanfaat.
Tarbiyyah Dzatiyyah adalah sarana tsabat dan istiqamah
Setelah bimbingan Allah ta'ala, Tarbiyyah Dzatiyah adalah sarana pertama, yang membuat orang Muslim mampu tsabat di atas jalan iman dan petunjuk, hingga akhir kehidupannya. Tarbiyyah Dzatiyyah juga garis pertahanan terdepan dalam melawan beragam fitnah dan bujuk rayu, yang menyerang orang Muslim pada zaman dewasa ini dan membujuknya dengan deras untuk menyimpang, gugur, loyo, malas, merasa takut akan masa depan, dan putus asa dengan realitas sekarang. Di aspek ini, perumpamaan Tarbiyah Dzatiyah ialah seperti pohon, yang jika akar-akarnya menancap kuat di bumi, maka pohon tersebut tetap kokoh, kendati terkena angin dan badai.
-petikan dari Tarbiyah Dzatiyah, Abdullah bin Abdul Aziz Al- Aidon
Besar benar kepentingan Tarbiyah Dzatiyah ini mendidik kita. Saat kita lama tidak berusrah, lama tidak mendengar tazkirah, lama tidak ke program dan sebagainya, lantas Tarbiyah Dzatiyah lah yang menguatkan kita untuk terus tsabat dan istiqamah. Alasan2 tadi bukan lagi alasan kukuh untuk kita terus futur dan futur..
Bagaimana para sahabat masih lagi kukuh iman mereka walaupun mereka berjauhan dengan Rasulullah? Contohnya rombongan Jaafar b Abu Talib yang berhijrah ke Habsyah tanpa Rasulullah. Tempohnya bukan seminggu dua. Lama sehingga berbulan-bulan. Rasulullah tiada bersama mereka untuk mentarbiyah mereka, tapi mereka ada tarbiyyah dzatiyah yang kuat untuk terus mendidik iman mereka.
Mungkin inilah rahsia Islam berkembang. Para sahabat melatih diri mereka sendiri untuk membangunkan potensi masing-masing semaksima dan seideal mungkin. Ia memerlukan usaha sendiri untuk itu! Tsabat dan istiqamah....
Menghitung hari untuk pulang ke tanah air. Gembira dan tidak sabar. Tapi jaauh di sudut hati, ada keribu kerisauan. Harapnya sang iman mampu bertahan kekuatan Tarbiyah Dzatiyahnya. Tak mahu lagi 'kekeringan' berulang lagi seperti pengalaman lepas.
Kebimbangan apa lagi yang lebih mustahak melainkan bimbangnya jika hati terasa jauh dari Allah.
Moga tarbiyyah dzatiyah memandu hati dan iman dengan lebih cekap kali ini...insyaAllah
Ramadhan pun bakal menjengah. Harap engin yang tengah panas tak menyejuk ditengah jalan...
Salam Ramadhan!
Monday, July 4, 2011
Cabaran waktu summer..
Siangnya panjang, malamnya singkat..
Cabaran juga untuk persiapan Ramadhan. Puasanya jadi 19 jam. Dari pukul 2.30 pagi, sampai 9.40 malam. Sungguh menguji keimanan dan kesabaran.
Tabiklah pada Muslim yang menyambut Ramadhan di Hemisfera utara ni. Tabik jugak lah pada mereka yang tak balik Mesia, menghabiskan summer disini.
Disinilah Allah nak ganjarkan pahala lebih bagi siapa yang brsabar dalam ibadahnya. Tambahan pula cuaca makin memanas di UK ni.
Ya Allah, berkati kami di bulan Syaban,dan sampaikan kami kepada Ramadhan.ameen
Jam tunjuk kol 9.07 tapi langit masih cerah~
Bila malu itu makin pudar...
Hati sedikit tersentak saat mata meniti tulisan Dr Harlina dari Majalah Solusi #28.
" Saat ini, perhubungan tidak lagi memerlukan seseorang individu itu hadir dalam bentuk susuk tubuhnya di hadapan kita. Semua maklumat mengenai diri boleh dikongsi bersama dengan seramai mungkin manusia tidak kira di mana jua mereka berada. Paras rupa, bentuk badan, warna rambut dan anak muda, lunak suara dan juga corak pemikiran, sikap dan tabiat, nilai dan amalan sudah tidak menjadi rahsia dan misteri lagi.
Bagaimanakah bentuk kawalan yang harus dikenakan oleh ibubapa Muslim hari ini kepada anak-anak muda mereka yang hidup pada zaman yang amat berbeza dengan zaman remaja mereka sendiri?" - Dr Harlina
Fenomena Facebook!
Apabila semua boleh dikongsikan, semua boleh dikomen, dikritik, disuka. Seolah-olah memang tiada lagi batas yang boleh mengawal kebebasan ini melainkan diri sendiri. Status boleh di-update serta merta tanpa ada delay.
Bukan diri ini risau pada aplikasi Facebook. Tapi yang dirisaukan ialah penggunanya. Bila pengguna merasakan dia boleh share apa yang dia suka, tanpa ada rasa malu.
Lantas,
Bagaimanakah bentuk kawalan yang harus dikenakan oleh ibubapa Muslim hari ini kepada anak-anak muda mereka?
Betapa besarnya peranan iman untuk menentukan tindakan manusia
Apa lagi yang menahan kita membuat dosa ketika kita berseorangan tiada siapa lihat..
Apa lagi yang memainkan peranan menahan kita membatalkan puasa waktu tiada siapapun dikeliling kita
Apa lagi yang menahan kita dari meniru waktu exam, walaupun jawapan orang sebelah sangat dekat dan boleh nampak!
Tiada lain melainkan iman..Bila kita percaya Allah itu maha melihat, menghitung segala perbuatan kita.
" Iman terdiri daripada 60 lebih atau 70 lebih cabang. Yang paling tinggi ialah syahadah tiada tuhan selain Allah dan yang paling rendah ialah membuang halangan yang menyakiti di jalan. Malu merupakan satu cabang iman. "(Riwayat Muslim)"Siapa yang tidak malu dengan manusia, maka dia tidak malu dengan Allah" (Riwayat ath-Thobarani)
Hanya omelan pasal facebook lagi..
Kadang bila kita yang menjaga, orang lain pula yang tidak malu. Lantas, saya rasa lebih malu bila orang lain tak malu share perkara yang saya rasa malu. Tapi katanya, dia share sebab dia rasa funny dan dia nak share ke-funny-an video tu, tapi dia langsung tak rasa malu. Padahal saya rasa video tu memang sangat memalukan, walaupun video tu tiada kaitan dengan diri saya. Malu malu malu sangat. Malu sebab sepatutnya dia patut rasa malu dengan video tu. Atas dasar kawan, nasib baik dia removekan post tu atas permintaan saya. Walaupun dia remove bukan sebab dia malu, tapi saya harap sangat suatu hari nanti Allah campakkan rasa malu kedalam diri dia. Malu yang berlandaskankan keimanan. Ameeeeen. May Allah shower her taufeeq and hidayaah..
Mungkin kita perlu question diri kita:
Mahukah anak kita menjadi kurang malu (atau kata lainnya, open person)?
Mahukah anak kita suka tengok video-video seperti itu - yang kita rasa memalukan? (berlapis2 plak ayat ni, kalau tahu video mana mungkin lebih paham)
Buat masa ini, hanya nasihat je yang saya mampu titipkan pada sahabat saya itu. Nasihat yang jaaaauuuh datang dari UK. Boleh aja dia abaikan nasihat tu.
"aaah syadid betul aku ni" - ni lagi satu kata-kata jahat yang bermain-main dalam kepala...sHooooH pegi jauh2..
=.='

